• New
Smartphone Photo Editing
Smartphone Photo Editing
Smartphone Photo Editing
Smartphone Photo Editing
Smartphone Photo Editing
Smartphone Photo Editing

Smartphone Photo Editing

RM70.00
No tax

Sesiapa sahaja boleh menghasilkan gambar cantik menjadi LEBIH CANTIK menggunakan smartphone, jika tahu caranya.

Register Now Here

 

KELAS LIVE

Pendaftaran Terbuka Sepanjang Masa!
Boleh daftar dan terus menonton rakaman kelas

 


 

Sesiapa sahaja boleh menghasilkan gambar cantik menjadi LEBIH CANTIK menggunakan smartphone, jika tahu caranya.

Zaman sekarang, semuanya nak pantas, nak mudah, tapi kualiti tiptop.

Kalau boleh, 'shoot', 'edit' & 'share' je terus.

 

Lagi-lagi kalau kita memang 'content creator' yang perlu sediakan content berkualiti dengan pantas.

Kalau lambat, jadi content basi. Tak jadi content creator pun, kita tetap nakkan yang mudah, murah dan pantas. Kan?

 

perlis1-1_1024x1024.jpg?v=1603943791 

  • Kami masih tak boleh 'move on' dengan Timah Tasoh ni. Dia punya lawa macam dah kat 'oversea'. 
  • Orang ingat gambar ni tak cantik tapi editing lebih, ni kami tunjuk kejap guna henfon jer.

 

Gambar kalau dah ke laut edit macam mana pun ke laut jugak. Tapi memang kita edit gambar tapi simple sangat sampai Opah dan Maktok pun pandai buat. Semua guna henfon. Ni kami belanja step mudah macam zass zass kecuss kecass SIAPP!

 

 

 Haa.. senang sangat, kan?

   

Siapalah yang tak nak, walaupun pakai smartphone je tapi tetap boleh edit gambar yang kita shoot guna camera pro. Tak payah usung laptop merata dah.

Satu, sebab berat. Kedua, nak jaga keselamatan laptop tu sampai kita tak ada freedom nak bergerakpun. Nak tinggalkan di hotel pun takut, nak tinggal dalam kereta pun takut. Akihirnya usung dalam beg berat-berat merata. Itupun kalau belum kena ragut.

  

Berubah lama dah, gambar dari camera pro pun kita edit guna henfon. Tengok ni:

 

Kalau macam ni SIMPLE, lah.

  • Nak edit gambar 100 keping dalam 10 minit ? Boleh
  • Nak buat gambar black and white yang cantik ? Boleh
  • Nak hilangkan noise dalam gambar ? Boleh

  

'Habis'lah semua gambar family, gambar selfie diri sendiri pun akan cantik semuanya lepas ni. 

Kelas ini adalah kelas terbaik bagi mereka yang ingin mempelajari cara mencantikkan lagi gambar yang dah sedia cantik dengan pantas dan mudah hanya dengan menggunakan smartphone sahaja. Di dalam kelas ini akan kami kongsikan cara edit gambar menggunakan aplikasi Lightroom Mobile.

 


 

APA YANG AKAN DIPELAJARI?  

1. Pengenalan dan Fungsi Aplikasi Lightroom Mobile 

Fahami penggunaan yang terdapat di dalam aplikasi ini dan kami akan terangkan satu per satu setiap button yang ada dan fungsi-fungsinya. 

 

2. Teknik Menaikkan Pencahayaan dalam Gambar

Gambar gelap? Jangan risau, gambar yang gelap boleh diterangkan dengan teknik yang betul. Tapi gambar yang terang, terang selamanya.  

 

3. Teknik Menaikkan Warna dalam Gambar 

Gambar yang kusam dan lesu pun boleh dinaikkan serinya tak sampai 2 minit editing. 

 

4. Teknik Edit Gambar Black & White (B&W)

Ramai yang ingat 'alah apa yang susah sangat nak edit gambar ke black and white..' Tapi sebenarnya kalau salah edit, gambar akan jadi hitam dan tidak menarik.

 

5. Teknik Hilangkan Noise dalam Gambar

Masalah yang paling common berlaku ialah gambar memiliki bintik-bintik hitam yang menyebabkan details pada gambar yang diambil tidak sharp. Jadi ini kita akan mengajarkan teknik untuk mengurangkan noise di dalam gambar. 

  

6. Cara untuk Hilangkan Jerawat/Jeragat

Nak flawless? Picit-picit, edit-edit sikit je di Lightroom terus boleh hilangkan jerawat dan jeragat di muka.

 

7. Cara Edit Gambar Hyperpotrait 

Hyperpotrait ni pula ialah gambar potrait orang tua yang mempunyai banyak kedutan di muka, atau pun berurat. Dengan teknik yang betul, segala kedutan di muka kita boleh tunjukkan sebagai salah satu gaya penceritaan kita melalui sebuah foto. 

 

8. Teknik Edit Gambar Landscape & Potrait

Kami akan kongsikan cara editing yang betul untuk dua jenis gambar ini.  

  

9. Praktikal

Kelas akan dilangsungkan secara online, namun peserta akan diberikan tugasan dan wajib untuk dihantar semula ke dalam group untuk dikritik semula oleh pengajar.

 


 

MATLAMAT KELAS

Selesai kelas ini anda akan mahir dengan cara editing mudah dan pantas menggunakan aplikasi Lightoom Mobile. 

 


 

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Smartphone dilengkapi aplikasi Lightroom Mobile

 


 

MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI 

  1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah
  2. Ada nota dan video FB Live bersama cikgu
  3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan.
  4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
  5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.

 


 

TESTIMONI

 

 

 

 

 

 

SPE
No reviews
Product added to wishlist