• New
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography
Smartphone Landscape Photography

Smartphone Landscape Photography

RM70.00
No tax

Tak perlu lagi bawa kamera besar, berat dan mahal nak lilit di leher buat sakit badan. Mana sempat nak setkan aperture, exposure dan segala macam istilah teknikal yang memeningkan kepala, kan? 

PAKAI SMARTPHONE HARGA RM 500 PUN GAMBAR BOLEH NAMPAK PRO, KALAU BETUL TEKNIKNYA.

Register Now Here

 

INFO KELAS SECARA LIVE

Pendaftaran Terbuka Sepanjang Masa! Boleh daftar dan terus menonton rakaman kelas

 


 

Landscape Photography merupakan salah satu jenis fotografi yang merakam pemandangan alam dengan sudut pandang yang luas. Ianya tidak hanya terhad kepada penghasilan gambar-gambar pemandangan alam, tetapi juga merangkumi binaan dan bangunan ciptaan manusia.

 IMG_7473_1024x1024.png?v=1608096727 photo_2020-12-16_13-26-33_2_1024x1024.jpg?v=1608097604 

Menghasilkan fotografi landskap akan meningkatkan pemahaman kita tentang cahaya dan exposure dengan baik.

Ini juga akan memberi manfaat kepada fotografi kita secara keseluruhan. Ianya membuatkan kita berfikir tentang elemen-elemen dalam fotografi landskap seperti:

  • Sunrise
  • Sunset
  • Golden hour
  • Contrast
  • Shadow
  • Highlight
  • Tones
  • Pencahayaan

 

IMG_9720_1024x1024.jpg?v=1608002527 photo_2020-12-16_13-26-35_1024x1024.jpg?v=1608098270

Salah satu lagi ciri penting fotografi landskap adalah minimanya atau tidak ada unsur manusia langsung yang menjadi subjek di dalamnya dan hanya alam sahaja dengan subjek seperti bentuk muka bumi, cuaca dan cahaya sekitar yang sangat jelas.

Tetapi, ada masanya kehadiran subjek manusia tetap diraikan dalam jenis fotografi sebegini.

 


 

APA YANG AKAN KITA PELAJARI?

 

1. Cahaya

Fahami kondusi cahaya dan dynamic range. Bagaimana untuk melihat seperti kamera kita dan bagaimana mengatasi kelemahan kamera kita.

Kita juga akan belajar secara asas beza frontlight, sidelight, backlight dan dengan menggunakan cahaya matahari sebagai sumber cahaya utama yang menaikkan lagi seri dan 'ketajaman' (sharpness) satu-satu gambar landskap yang dihasilkan. Pelajari bagaimana kita boleh gunakan cahaya matahari sebagai backlight tanpa subjek nampak gelap dari depan? Tricky, tapi BOLEH.

Shoot gambar dengan elemen light trail dan menggunakan mode long exposure pun boleh dikategorikan sebagai fotografi landskap. Di sini, penggunaan tripod amat membantu kerana sebagai manusia, kita tak akan dapat duduk pegun tak bergerak untuk hasilkan gambar yang sharp.

 

2. Teknik Shooting

Pelajari setting kamera yang tepat di dalam mengambil gambar landskap. Terutamanya ketika pada waktu sunset/sunrise.

Kadang-kadang, tak kira di mana pun, kita boleh dapat lokasi untuk shoot gambar sunset yang cantik di celah-celah bangunan seperti ini. Walaupun menggunakan smartphone, bila ada 'seni melihat', kita boleh dapat kedua-dua unsur alam dan bangunan dalam gambar landskap kita, dan boleh lebih lagi, sekaligus.

 

3. Editing

Belajar RAHSIA TEKNIK HDR yang menjadi teknik rahsia ramai jurufoto antarabangsa mendapatkan gambar landskap yang hebat.

Shoot dan edit gambar landskap hanya dengan menggunakan smartphone dan kebanyakannya hanya menggunakan apps percuma yang memudahkan kita, memang menyeronokkan.

Nak cerahkan 'foreground' yang gelap pun akan ditunjukkan dalam kelas. Tak adalah kusam je gambar kita, kan? Mudah sahaja nak buat editing macam ini guna smartphone, tak macam zaman dulu-dulu.

Lagi-lagi bila hasilnya, nampak macam lokasi kita shoot gambar tersebut seperti di luar negara.

Nampak macam sedang bercuti di Kepulauan Bahamas, kan? padahal, di Pekan, Pahang sahaja.

Mungkin kita tak perasan dan mungkin juga kita tak pernah sampai. Tapi lokasi gambar ini diambil dengan menggunakan smartphone adalah di Putrajaya sahaja. Dengan menggunakan apps berbayar pada kadar minima ataupun apps percuma, boleh shoot juga aliran air yang seakan 'terhenti' menggunakan teknik 'slow shutter'/'long exposure' ini.

 


 

MATLAMAT KELAS

Selesai kelas ini anda akan mahir dengan teknik merakam dan menghasilkan gambar landskap yang cantik dan menarik, seperti dalam gambar-gambar contoh. Kami yakin anda boleh. Anda, bagaimana?

 


 

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

  1. Smartphone
  2. Aplikasi Snapseed

 


 

MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI

  1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah.
  2. Ada nota dan video Live bersama cikgu.
  3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan.
  4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami.
  5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.

 


 

TESTIMONI

  

 

SLP
No reviews
Product added to wishlist