• New
Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital
Asas Fotografi Digital

Asas Fotografi Digital

RM70.00
No tax

Kelas terbaik bagi mereka yang baru bermula dengan fotografi.

Register Now Here

 

INFO KELAS

Pendaftaran Terbuka Sepanjang Masa! Boleh daftar dan terus menonton rakaman kelas.

 

Kelas terbaik bagi mereka yang baru bermula dengan fotografi.

 

Di dalam kelas ini akan kami kongsikan bagaimana untuk memahami teknik kawalan kamera agar foto yang diambil sentiasa dalam exposure yang baik. Peserta juga akan diajar bagaimana untuk mengambil gambar dengan lebih cantik melalui teknik komposisi. 

 


 

APA YANG AKAN DIPELAJARI

 

Pengenalan Fotografi

Fahami struktur kamera, pencahayaan dalam fotografi, jenis lensa dan kamera

 

Teknik Kawalan Kamera

Bahagian paling penting, kita akan belajar berkenaan ISO, Shutter Speed dan Aperture. Belajar bagaimana mengawal nilai iso, shutter speed dan Aperture untuk mendapatkan gambar yang baik. Apa kesan ISO, Shutter Speed dan Aperture pada gambar yang dihasilkan. Kita akan pelajari juga fungsi Manual, shutter priority dan aperture priority

 

White Balance

Mengapa gambar kita menjadi kekuningan atau terlalu biru ? fahami fungsi White Balance untuk mendapatkan warna gambar yang cantik

 

Komposisi

Ambil gambar tempat sama tetapi gambar dia cantik, gambar kita tidak. Ini kerana gambar yang cantik akan memasukkan elemen komposisi seperti rule of third, leading line, framing dan pelbagai lagi teknik komposisi. Teknik komposisi ini juga akan di ajarkan di dalam kelas ini

 

Praktikal

Kelas akan dilangsungkan secara online, namun peserta akan diberikan tugasan dan wajib untuk dihantar semula ke dalam group untuk dikritik semula oleh pengajar.

 


 

MATLAMAT KELAS

Selesai kelas ini anda akan mahir dengan teknik kawalan kamera dan boleh mengambil gambar dengan baik dengan kawalan manual.

 


  

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Kamera dslr/mirroless atau smartphone dengan kawalan manual

 


 

MENGAPA ANDA WAJIB SERTAI KELAS INI 

  1. Kelas dilakukan secara online, tak perlu nak keluar rumah
  2. Ada nota dan video Live bersama cikgu
  3. Boleh lihat siaran ulangan, jika tidak berkesempatan pada waktu yang ditetapkan. 
  4. Belajar secara ‘step-by-step’ dengan penyampaian yang mudah difahami
  5. Harga yuran kelas yang sangat berbaloi hanya RM70 SAHAJA.

 


 

TESTIMONI

  

AFD
No reviews
Product added to wishlist